Saturday, 10 November 2012

Akibat Pembuangan Sampah Tidak Teratur

KESAN-KESAN AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH SECARA TIDAK TERATUR

Pembuangan sampah secara tidak wajar boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar seperti :

1.  Pencemaran alam sekitar .
2.  Pembakaran sampah secara terbuka boleh 
    menyebabkan jerebu.
3.  Pelepasan asap dari kilang dan asap 
    kenderaan boleh menyebabkan pencemaran 
    udara .
4.  Bahan kimia dan bahan toksik yang 
    dilepaskan dari kilang dan kawasan 
    pertanian boleh mencemarkan sungai.
5.  Pembuangan sampah merata-rata menjadikan 
    alam sekitar kotor dan bersepah .
6.  Longgokan sampah akan menyebabkan bau 
    yang busuk. Ia juga akan menjadi tempat 
    pembiakan kuman dan serangga perosak.
7.  Bekas-bekas kosong seperti polisterin, 
    tin kosong dan botol-botol yang berisi 
    air akan menyebabkan pembiakan nyamuk. 
8.  Gas-gas berbahaya dari kilang, kenderaan 
    bermotor dan pembakaran terbuka boleh 
    menyebabkan pencemaran udara dan 
    hujan asid.
9.  Jerebu menyebabkan masalah pernafasan 
    seperti asma,sesak nafas, batuk dan 
    kegatalan pada mata.
10. Pembakaran bahan api seperti petrol 
    dan diesel pada kenderaan bermotor 
    menghasilkan asap dan gas-gas berbahaya.
11. Asap dan gas-gas berbahaya mencemarkan 
    udara. Manusia akan mendapat penyakit 
    apabila menyedut asap ini.
12. Udara yang tercemar akan menyebabkan 
    kerosakan kepada paru-paru dan tekak.
13. Orang yang menderita penyakit asma 
    sangat sensitif kepada pencemaran udara.

PENCEMARAN AIR


1.  Sungai dan laut biasanya menjadi tempat 

    longgokan semua jenis bahan-bahan.
2.  Kilang-kilang melepaskan bahan buangan 
    ke dalam sungai. Bahan buangan tersebut 
    bertoksik dan beracun.
3.  Sungai dan laut akan tercemar. Bahan 
    buangan beracun boleh membunuh ikan dan 
    semua hidupan akuatik. 
4.  Oleh kerana manusia bergantung kepada 
    sungai dan laut untuk mendapatkan sumber 
    makanan,kesihatan kita akan terjejas 
    sekiranya kita makan ikan yang diambil 
    dari sungai yang tercemar.
5.  Kadangkala berlaku tumpahan minyak dari 
    kapal ke dalam sungai dan laut. 
    Minyak tersebut bukan sahaja mencemarkan 
    laut tetapi juga mencemarkan pantai. 
    Keadan ini boleh memusnahkan habitat 
    laut.
6.  Sampah yang dibuang merata-rata akan 
    mencemarkan tanah, menyebabkan alam 
    sekitar menjadi kotor dan berbau busuk.


PENCEMARAN UDARA


1.  Pencemaran udara disebabkan :

     (a)Pembakaran terbuka
     (b)Kebakaran hutan
     (c)Pembebasan udara dari asap 
        kilang-kilang dan kenderaan bermotor
2.  Pembakaran sampah secara terbuka 
    menghasilkan asap yang banyak.
3.  Asap dari pembakaran terbuka, sampah
    -sarap dan hutan menyebabkan jerebu
4.  Jerebu menyebabkan kegatalan pada 
    mata dan kesukaran bernafas 
5.  Pembakaran bahan api seperti petrol 
    dan diesel dari kenderaan bermotor 
    menghasilkan asap dan gas-gas berbahaya.
6.  Udara yang tercemar boleh menyebabkan 
    kemudaratan kepada jantung kita, tekak 
    dan kegatalan kepada mata.

PENYAKIT DAN WABAK

   
1.  Sampah yang dibuang akanmneyebabkab 
    kemudaratan kepada alam sekitar.
2.  Dengan membuang sampah sampah 
    merata-rata kita juga menyumbang 
    kepada pencemaran tanah.
3.  Pelupusan bahan buangan secara tidak 
    teratur menyebabkan alam sekitar menjadi 
    kotor dan bau yang busuk.
4.  Sesetengah jenis plastik tidak akan 
    mereput dan membebaskan gas-gas 
    beracun jika dibakar.
5.  Gas-gas beracun ini memudaratkan kita.
6.  Sampah yang mengandungi makanan yang 
    mereput mempunyai kuman-kuman yang 
    berbahaya dan serangga perosak seperti 
    tikus, lipas dan  lalat.
7.  Haiwan-haiwan ini membawa kuman dari 
    sampah-sarap dan menyebabkan wabak 
    dan penyakit.
8.  Contohnya bakteria yang dibawa oleh 
    lalat menyebabkan typhoid.
9.  Lalat membawa bakteria dari najis ke 
    makanan.
10. Sampah seperti botol plastik, tin 
    minuman, bekas bunga dan tayar
    buruk boleh menakung air.
11. Nyamuk aedes membiak di dalam air 
    yang bertakung.
12. Nyamuk aedes membawa virus demam denggi.

HUJAN ASID


1.  Kilang-kilang dan kenderaan bermotor 

    membebaskan asap dan gas-gas yang 
    mengandungi bahan-bahan berbahaya.
2.  Semasa hari hujan bahan-bahan berbahaya 
    ini akan larut ke dalam air hujan 
    membentuk 
    asid lemah.
3.  Kejadian ini dipanggil hujan asid.
4.  Hujan asid memusnahkan tumbuh-tumbuhan 
    di hutan.
5.  Ia juga boleh menvemarkan sungai dan
    membunuh ikan-ikan 
    di dalam sungai.
6.  Hujan asid menyebabkan besi mudah 
    berkarat.
7.  Hujan asid juga menghakis bangunan dan 
    jambatan besi.

BANJIR KILAT


1. Membuang bahan-bahan buangan ke dalam 

   longkang dan sungai menyebabkan 
   ia tersumbat.
2. Ia menghalang aliran longkang dan sungai.
3. Ini menyebabkan air sungai dan longkang 
   melimpah dan menyebabkan banjir kilat.



4. Banjir kilat berlaku jika hujan turun 

   dengan lebatnya beberapa jam.
5. Banjir kilat memusnahkan rumah dan 
   harta-benda.

5 comments:

  1. Tahniah ! Kerana blog anda banyak info yang menarik .

    ReplyDelete
  2. blog cikgu sangat sangat menarik...banyak info boleh diperolehi... Goog Luck!

    ReplyDelete
  3. blog ini x memberi apa apa pun........

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana banyak membantu

    ReplyDelete