Saturday 10 November 2012

Cara Pelupusan Sampah Di Kawasan Tempatan

CARA PELUPUSAN SAMPAH DI KAWASAN TEMPATAN.

1.  Semua sampah mesti dimasukkan ke dalam tong sampah dengan 
    teratur.
2.  Setiap pagi sampah-sampah ini akan dipungut.
3.  Sampah-sampah ini akan dimasukkan ke dalam lori sampah dan 
    dibawa ke kawasan pelupusan sampah.
4.  Sampah-sampah itu mungkin ditanam atau pun dibakar di kawasan 
    pelupusan sampah.
5.  Sampah-sampah juga akan dibakar di dalam insinerator.

                  

6.  Cara pembuangan sampah boleh diperbaiki dengan cara;
         a.  Pastikann sampah tidak bercampur dengan cecair.
          b.   Masukkan sampah dalam beg sampah dan ikat kemas-kemas.
    c.   Masukkan sampah ke dalam tong sampah dengan sempurna.
    d.   Tutup dengan ketat penutup tong sampah untuk menjauhi 
         serangga perosak.


BAHAN BUANGAN YANG BOLEH MEREPUT

1.  Sesetengah bahan buangan boleh mereput manakala yang tidak 
    boleh.
2.  Bahan buangan organik seperti sisa-sisa makanan, sayur-
    sayuran, daging, kertas dan kayu boleh mereput.
3.  Bahan-bahan ini akan dikitar semula secara semulajadi.
4.  Bahan-bahan yang boleh mereput dipanggil 'biodegradable 
    waste'.
5.  Bagaimanapun terdapat juga bahan buangan yang tidak mereput.
6.  Bahan-bahan ini tidak boleh diuraikan oleh agen pereput.
7.  Bahan ini dipanggil 'non-biodegradable'
8.  Contoh bahan-bahan buangan yang tidak mereput ialah kaca, 
    plastik, tin minuman dan objek logam.
9.  Melupuskan bahan-bahan yang tidak mereput menadatangkan 
    masalah kepada kita.
10. Bahan-bahan ini tidak mereput bila dibakar bahkan akan 
    melepaskan gas-gas bernbahaya.

MIKROORGANISMA YANG MENYEBABKAN BAHAN BUANGAN MEREPUT

1. Sesetengah bahan buangan boleh mereput kerana tindakan 
   mikroorganisma.
2. Ada sesetengah mikroorganisma makan tumbuhan dan haiwan yang 
   telah mati dan juga bahan-bahn buangan lain.
3. Mikroorganisma ini dipanggil agen pereput (decomposers)
4. Contoh agen pereput ialah bakteria dan fungi.
5. Bakteria dna fungi menguraikan tumbuhan dan haiwan yang mati 
   menjadi bahan-bahan yang sangat halus. Bahan-bahan inilah yang 
   kembali menjadi tanah.




 

KEBAIKAN PEREPUTAN BAHAN BUANGAN

1.   Pereputan mengelakkan longgokan sampah di alam sekitar.
2.   Bahan-bahan yang telah mereput akan kembali menjadi tanah 
     sebagai baja semulajadi.

KEBURUKAN PEREPUTAN BAHAN BUANGAN

1.  Pereputan menghasilkan gas beracun yang boleh menjejaskan 
    kesihatan kita.
2.  Pereputan bahan-bahan buangan menghasilkan bau busuk.

APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA BAHaN-BAHAN BUANGAN TIDAK MEREPUT?

1.  Bahan-bahan buangan akan mencemarkan alam sekitar.
2.  Alam sekitar akan dipenuhi dengan sampah-sarap.
3.  Air, udara dan tanah akan tercemar.
4.  Ia juga akan menyebabkan;
    a.  kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan.
    b.  Sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan akan pupus.
    c.  Keindahan alam semulajadi terjejas.
    d.  Perubahn cuaca
    e.  Pemanasan global
5.  Longgokan sampah menarik serangga perosak yang membawa wabak 
    dan penyakit.

1 comment:

  1. Blog yang cantik, berwarna-warni dan ceria. Paling penting banyak maklumat berguna untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete