Saturday, 10 November 2012

Bahan Buangan

BAHAN BUANGAN

1.  Bahan buangan ialah bahan yang tidak digunakan lagi
2.  Bahan buangan terdiri daripada pepejal ,cecair atau gas.
3.  Jenis-jenis bahan buangan seperti majalah-majalah, 
    suratkhabar lama, kotak-kotak, kaca , botol-botol, plastik   
    bekas-bekas logam dan sisa makanan.

JENIS-JENIS BAHAN BUANGAN DAN PUNCA-PUNCANYA.

1.  Sisa-sisa makanan dan tumbuhan yang dibuang dikenali sebagai 
    bahan buangan organik. Bahan buangan ini boleh didapati dari 
    pasar dan gerai-gerai makanan.
2.  Bahan buangan kimia didapati di kawasan pertanian, kilang-
    kilang dan rumah. Bahan buangan ini mungkin akan masuk ke 
    dalam sistem perairan kita.
3.  Asap dari pembakaran bahan api dari kilang dan kenderaan 
    bermotor adalah bahan buangan yang dilepaskan ke udara .
4.  Sisa kumbahan dari rumah dan kilang-kilang.
5.  Bahan-bahan toksik seperti asap, habuk dan bahan radioaktif 
    dari kilang .
6.  Racun serangga dan baja organik dari kawasan pertanian .
7.  Asap dari pembakaran terbuka .




CARA PELUPUSAN BAHAN BUANGAN

CARA YANG WAJAR

1.  Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan 
    dengan betul.
2.  Sisa makanan sepatutnya dibuang ke dalam bekas yang tertutup 
    untuk mengelakkan lalat .
3.  Asingkan bahan buangan mengikut jenisnya sebelum dibuang .
4.  Elakkan pembakaran secara terbuka .
5.  Bahan buangan kimia sepatutnya dibuang ke dalam bekas khas .
6.  Sisa kumbahan dari kilang mesti dirawat dahulu sebelum 
    dilepaskan ke longkang. Bahan berbahaya dari sisa kumbahan 
    tersebut mesti disingkirkan terlebih dahulu.
7.  Kita sepatutnya mengguna semula atau mengitar semula bahan 
    buangan sebaik mungkin .
8.  Semua sampah mesti dibakar di dalam insinerator.
9.  Jumlah kenderaan di jalan raya perlu dikurangkan untuk 
    mengurangkan jumlah asap dan gas .
10. Kilang-kilang yang mengeluarkan asap hendaklah dibina jauh 
    dari kawasan perumahan. Kilang-kilang tersebut sepatutnya 
    memasang penapis asap di cerobong asapnya .









CARA  YANG TIDAK WAJAR

1.  Membuang sampah rata-rata .
2.  Pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan kawasan 
    pertanian .
3.  Membuang terus bahan buangan dari kilang ke sungai .
4.  Pelepasan asap dari kilang dan asap kenderaan ke udara


1 comment: